WE KONGSI merupakan satu kaedah terbaharu perlindungan perubatan berkonsep perkongsian komuniti yang bekerjasama dengan pelbagai rakan strategik bagi membolehkannya di implementasi selaras peruntukkan undang-undang dan pematuhan syariah.
Ahli-ahli diberi akses kepada manfaat penghospitalan, pesakit luar klinik dan telemedicine farmasi di mana kesemua bil perubatan (yang memenuhi syarat) dikongsikan bersama dengan fokus utama melunaskannya secara efisien, telus, amanah lagi mampu-milik.
Video ini menerangkan ciri-ciri dan manfaat WE KONGSI, seperti Tabung Perkongsian, pengurusan dana oleh Pemegang amanah bertauliah, dan konsep asas perkongsian bil perubatan.
Bagaimana ia dilaksanakan?
Di sini dijelaskan tentang Pakej keahlian, Kaedah pembayaran, Tabung Perkongsian (Tabarru'), proses Tambah-nilai, Ketelusan, dan contoh bayaran.
RISIKO TAK PUNYAI PERLINDUNGAN PERUBATAN @ PELAN DIMILIKI TAK CUKUP NILAI PERLINDUNGAN SEMASA?
Cabaran mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan adalah tempoh menunggu yang agak lama kerana di sinilah sahaja tumpuan orang ramai nak dapatkan rawatan perubatan murah dalam negara. Sekiranya wad penuh, kita kena bertahan dan tunggu hingga ada katil yang kosong. Nak cari parking pun suatu pancaroba juga? Secara tak sedar sebenarnya kita membayar dengan masa dan birokrasi prosidur kemasukan awam. Namun andai faktor ini tidak jadi keberatan semua Hospital Kerajaan adalah panel kepada WeKongsi TPA e-MAS & HEYDOC Health@MiCARE juga.
Di samping ditanggungkan bil perubatan, turut disediakan Elaun Tunai Warded Harian antara RM50-100 per Hari khusus buat Ahli yang pilih rawatan di Hospital-hospital Kerajaan. Tidak dinafikan sememangnya ramai doktor-doktor pakar di Hospital Kerajaan yang tiada di Hospital Swasta. Walaubagaimanapun jika tersedia pilihan kepakaran & rawatan Hospital Swasta yang lebih selesa, KENAPA TIDAK? ..lebih 270 Hospital panel WeKongsi TPA e-MAS ada tersedia untuk Anda sekeluarga.
Mungkin kita ingat skim berkelompok Tabung khairat kematian yang dibayar bulan-bulan samada anjuran AJK Masjid, Surau atau Persatuan penduduk sudah cukup bagi perlindungan perubatan diri sekeluarga? Ini jauh dari apa yang sebenar diharapkan. Skim ini hanya menanggung kos pengkebumian sahaja yang termasuk khidmat Ambulans@Van jenazah ke tanah perkuburan. Ada juga yang memberi sedikit pampasan tunai kepada waris namun nilainya adalah kecil. Apalagi untuk bil-bil hospital yang perlu dibayar sewaktu kita masih hidup, pastilah tidak ditanggung sama sekali!
Begitu juga skim Takaful/Insurans kelompok dibayarkan Majikan, lihat betul-betul skop perlindungannya. Adakah ia sekadar perlindungan sewaktu sedang bekerja sahaja?
Adakah ia turut memberi perlindungan perubatan untuk seluruh ahli keluarga yang lain - Suami/isteri & Anak-anak kita? Jika betul ditanggung berapakah Had perlindungannya ? Adakah cukup nak tampung kos sebenar untuk rawatan seluruh Ahli keluarga pada masa sekarang? Jika tak cukup nilai perlindungan, silap-silap kita pulak yang kena tambah duit sendiri?
RM1JUTA Perlindungan Perubatan Terjimat Mampu-milik WE KONGSI TPA e-MAS & HEYDOC Health@MiCARE adalah suatu kaedah terbaharu perlindungan perubatan yang menggunakan pendekatan Perkongsian Ramai Komuniti, "Community Cost-Sharing (CCS)". CCS merupakan suatu perkongsian secara kolektif sesama Ahli yang menyertainya bagi melunaskan bil-bil Hospital, Farmasi & Klinik sekiranya ada di kalangan mereka ditimpa penyakit atau kemalangan.
Pertama-tamanya ayuh saya tunjukkan satu "MEDICAL PLAN" perlindungan perubatan bil Hospital, Farmasi & Klinik yang kongsikan untuk Anda sebesar RM1JUTA SETIAP TAHUN tapi komitmen bulanannya sangat jimat lagi Mampu-milik, bulan-bulan kita kongsi-kongsi bayar semua tuntutan ini bawah RM75/bulan je mengguna cara inovasi terbaharu Perkongsian Ramai Komuniti (Community Cost-Sharing). Inilah alternatif kepada Kad Perubatan yang dinanti-nanti ;
Anda akan jimat
ratusan ringgit setiap bulan malah ribuan
per tahun, bagaimana !?
👇
Ya di WeKongsi kita berkongsi bayar jumlah bil Warded Hospital, Outpatient Klinik & Telemedicine Farmasi tidak lebih dari Had maksima RM75, menarik bukan???
Terbukti! Selama lebih 3 tahun WeKongsi beroperasi memang perkongsian bil Hospital, Farmasi & Klinik tak lebih pun RM75 per bulan, sangat-sangat menjimatkan untuk tanggungan kos perlindungan perubatan Anda sekeluarga.. JIMAT BANYAK!!!
Secara definisi Tabarru' bermaksud menyumbang / menderma secara Ta'awun (tolong-menolong), di mana semua Ahli yang memilih & menyertai platform Community Cost-Sharing ini bersetuju untuk saling menolong, jamin-menjamin antara mereka ketika ditimpa musibah (kemalangan, penyakit & khairat kematian).
Ini bermaksud semua Ahli menyumbang dengan ikhlas bagi saling membantu untuk diri mahupun ahli lain yang menyertainya secara Tabarru' & Ta'awun itu, mudahan terhapus sikap keakuan, serta menyemarakkan rasa kasih sayang, mengharap pahala dan redha ILLAHI semata.
Di sini WeKongsi mengamalkan Tabarru' secara lebih jelas lagi. Ini kerana Ahli yang menyertai WeKongsi diberitahu ke mana setiap sen duit yang ditabarru'kan oleh mereka itu pergi, maksudnya ke mana ia dibelanjakan.
Setiap 7hb WeKongsi akan mengeluarkan Laporan perkongsian bil hospital, farmasi & klinik untuk dilihat, dibaca, di analisa dan di nilai sendiri oleh Ahli-ahlinya yang berkongsi bayarkan jumlah bil tersebut.
Mereka mengetahui dengan pasti bil siapa? Hospital / klinik mana? Berapa kos nya? Sakit apa? Resit / Discharge Note / GL mana? Berapa nilai perkongsian tiap seorang? ..semuanya dipapar secara jelas, telus, amanah dan bertanggungjawab oleh pentadbir platform iaitu WeKongsi. Berikut adalah bagaimana perkongsian bil dibahagi sama rata sesama Ahli;
Sharing your medical costs with a community of like-minded individuals has never been easier! At We Kongsi, we follow a simple sharing concept: we share the cost when there is a medical case, and we don't when there is no admission case. It's that easy! Join our program today and start experiencing the benefits of affordable and effective healthcare.
Rekod Perkongsian Bil Bulanan
AlhamduLILLAH sudah ribuan kes tuntutan yang berjaya dibuat oleh Ahli. Sila rujuk carta grafik, data & graf di bawah. Inilah masa hadapan dunia perlindungan perubatan inovasi terbaharu "COMMUNITY COST-SHARING" yang lebih mengutamakan kebajikan pengguna. Sesama kita berkongsi-kongsi selesaikan tuntutan bil tak lebih RM75 per Bulan tiap seorang, sangat Jimat dan Mampu-milik lagi Berbaloi-baloi!
JOM LIHAT, BACA & ANALISA SENDIRI KESELURUHAN LAPORAN PERKONGSIAN BIL BULANAN 👉DI SINI !
Referrer & Staf HQ bersama Ahli penerima rawatan. Terima kasih semua Ahli WE KONGSI yang bantu-membantu berkongsi bayarkan bil hospital. Hari ini hari mereka, akan datang mungkin hari kita pula untuk dibantu kos perubatan?
Ahli WeKongsi warded dengan bil RM13,786.60 di Gleneagles Medini Hospital (Iskandar Puteri) dan seorang lagi warded ke CMH Specialist Hospital (Seremban) dengan kos RM24,694.30 Terima kasih WE KONGSI setelkan bil kami!
TESTIMONI TUNTUTAN GUARANTEE LETTER (GL) AHLI-AHLI WEKONGSI
Testimoni AHLI - Miss Xin Min, Kemalangan Bil RM15,000+
Testimoni AHLI - En. Faiz Mohd Baharom, Perbadanan Muzium Melaka - RM2,000+ GL Bil Hospital Mahkota Specialist
Testimoni AHLI - Puan Niena Dayan, Suri Rumah - RM38,000+ Bil Gleneagles Hospital Medini, Rawatan Akibat Kemalangan
SAKSIKAN SENDIRI RIBUAN LAGI TESTIMONI AHLI-AHLI YANG DILULUSKAN GUARANTEE LETTER (GL) HOSPITAL SERTA DITANGGUNG BIL RAWATAN KLINIK PANEL 👉DI SINI !
Laporan dari Ejen WeKongsi JB - Saudara Ezam : 06/8/2023 melawat Client beliau yang kemalangan di Hospital Gleneagles sempat berbual sebelum di bawa ke bilik bedah jam 7.15 mlm. Turut berbual dengan ibu client, pengalaman pertama duduk kat private hospital katanya, dan dia yang buka mulut dulu tertarik dengan konsep perkongsian ramai WeKongsi.
Melawat client di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sebelum dipindahkan ke Gleneagles Medini Iskandar Puteri. Terima kasih mr Lego, Mr Cs & WeKongsi sangat² membantu. Laporan dari Ejen Ezam (JB) : Client kemalangan pada 06/8/2023, semoga cepat sembuh In Shaa' ALLAH Ameeen Ya' ROBB.
BAYANGKAN BIL HOSPITAL BERJUMLAH RM40,000+ BEGINI ANDA KENA BAYAR CASH SENDIRI!? BOLEH MENGGELETAR LUTUT DIBUATNYEE.. Kini WeKongsi TPA e-MAS & HEYDOC Health@MiCARE dah sediakan Platform untuk Kita Sama-sama Berkongsi Bil Perubatan secara Community Cost-Sharing yang Mampu-milik Lagi Menjimatkan!
BAYARAN PURATA BULANAN PERKONGSIAN BIL BAGI TAHUN 2024 ...setiap seorang Ahli hanya mengeluarkan belanja RM33.17 sahaja untuk setiap bulan.
BAYARAN PURATA BULANAN BAGI PERKONGSIAN TAHUN 2025 pula (RM484/12 bulan) ...setiap Ahli membayar RM40.33 sahaja perkongsian bil di setiap bulan dalam tahun 2025. Tak sampai pun had maksima RM75 selalunya tiap-tiap bulan ada je diskaun...
THIRD PARTY ADMINISTRATOR (TPA) e-MAS & HEYDOC Health@MiCARE
Maklumat terkini JULAI 2026 menunjukkan bilangan Hospital, Farmasi & Klinik panel di bawah seliaan TPA e-MAS & HEYDOC Health@MiCARE melebihi 4,773 premis seluruh Malaysia. TPA e-MAS menguruskan pangkalan data untuk kemasukan Ahli komuniti WeKongsi ke Hospital-hospital panel melalui kaedah Guarantee Letter (GL) sementara HEYDOC Health@MiCARE bagi lawatan ke Klinik-klinik panel & kemudahan Teleperubatan - Farmasi ALPRO.
Menggunakan kaedah ini Ahli yang memerlukan rawatan harus menunggu kelulusan GL terlebih dahulu, kecuali kes-kes kecemasan.
Pastikan maklumat diri dan profil sebenar kesihatan diistihar sewaktu nak mendaftar jadi Ahli. Pihak TPA e-MAS akan membuat saringan kelayakan samada Anda layak menjadi Ahli WeKongsi atau sebaliknya.
Sekiranya terjadi masalah rekod kesihatan berbangkit (existing) yang tidak di istihar maka risiko tidak ditanggung segala kos perubatan terletak di bahu Anda sendiri. Syarat utama menyertai WeKongsi mestilah Sihat serta tiada rekod penyakit kritikal / OKU.
Berikut adalah panel WeKongsi TPA e-MAS & HEYDOC Health@MiCARE antaranya KPJ Specialist Hospital, PUTRA Medical, MAHKOTA Specialist, PANTAI Hospitals, AN-NUR HASANAH, AL-ISLAM, AZ-ZAHRAH Islamic Hospital, SUNWAY Medical Centre, DAMAI SERVICE Hospital, UKM Specialist, UM Specialist Centre, NORMAH Medical Centre, COLUMBIA ASIA, AURELIUS Hospital, SALAM Specialist, Hospital-hospital Kerajaan, INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN), Klinik UTAMA 24 JAM, MEDIVIRON, Poliklinik ALAM MEDIC, Klinik ADHAM, Klinik KITA, Klinik ANDA, Klinik SAFWA, Poliklinik PENAWAR, Klinik AL-FATIH 24 JAM, Klinik AZHAR, Farmasi ALPRO & banyak lagi - rujukan lengkap panel sila layari halaman https://wekongsi.com/hospital @ https://wekongsi.com/clinic
untuk eksplorasi konsep terbaharu perlindungan perubatan secara perkongsian ramai komuniti ini.
BAGAIMANA TETAPAN PERKONGSIAN TAK LEBIH RM75DI BUAT ?
Sekali lagi Anda akan jimat banyak
ratusan malah ribuan per tahun, bagaimana !?
👇
Ya tidak lebih dari RM75 setiap bulan! Wow itulah sebabnya bersama We Kongsi kita akan jimat banyak berbanding kaedah perlindungan yang lain. Berikut adalah cara bagaimana We Kongsi mengira komitmen bulanan bagi setiap Ahli & bagaimana had maksimum perkongsian ditetapkan tidak lebih RM75 ;
SITUASI 1 - KONGSI IKUT JUMLAH BIL SEMASA
Situasi ini yang paling kerap dijumpai iaitu berkongsi mengikut jumlah bil tuntutan yang dibuat oleh Ahli-ahli WeKongsi pada bulan tersebut. Contoh : Katakan Jumlah Bil Semasa adalah RM150,000 dan ia dikongsikan dengan 10,000 Ahli Aktif maka setiap Ahli hanya berkongsi RM15 sahaja,
SITUASI 2 - TIDAK PERLU KONGSI APA-APA
Situasi macam ni jarang-jarang berlaku di mana mungkin ada bulan tertentu semua Ahli sihat, tiada tuntutan GL. Apabila berlaku keadaan begini maka kita tidak perlu membayar apa-apa perkongsian pun kerana tiada bil hospital yang perlu dibayar. Katakan Jumlah Bil semasa adalah RM0 dan ia dikongsikan dengan 10,000 Ahli maka tak perlu bayar apa-apa bil (kecuali Ahli yang pilih tambahan manfaat Outpatient Klinik & Telemedicine Farmasi terdapat bayaran perkongsian tetap RM15/bulan),
SITUASI 3- KONGSI PADA HAD MAKSIMA
Situasi begini juga jarang-jarang berlaku iaitu berkongsi pada had paling tinggi (maksimum)! Namun begitu apabila terjadi tuntutan yang besar dibuat oleh ramai Ahli sehingga melebihi had ditetapkan maka berlakulah perkongsian paling maksimum iaitu RM75. Contoh : Katakan Jumlah Bil Semasa adalah RM800,000 dan ia dikongsikan dengan 10,000 Ahli maka setiap Ahli kena berkongsi pada paras maksima RM75. Disebabkan masih terdapat baki RM50,000 bil yang tertunggak maka ia di bawa ke bulan hadapan (perkongsian RM5).
Walaupun maksimum ini masih lagi tersangat jimat untuk RM1JUTA Perlindungan Perubatan. Cuba bandingkan sendiri dengan mana-mana kad perubatan di luar sana? Mana nak dapat perlindungan sebesar RM1JUTA tiap tahun tapi bayar bawah RM115/bulan!? Bukan saja untuk Warded Hospital malahan dapat Outpatient Klinik & Teleperubatan Farmasi juga.
"Kini setiap orang boleh nikmati perubatan premium pada harga mampu-milik"
Terdapat dua (2) pilihan Tabung Perkongsian di WE KONGSI ;
TABUNG STANDARD (RM150 INITIAL SHARING DEPOSIT)
&
TABUNG DELUXE (RM300 INITIAL SHARING DEPOSIT)
Kelebihan tambahan diperoleh Ahli Tabung Perkongsian DELUXE seperti berikut: (1) Boleh memilih BILIK WAD yang lebih mahal sehingga RM250/Hari, (2) Ambulance Service as Per Charge, (3) Elaun Tunai Harian RM100/Hari sekiranya memilih Warded ke Hospital Kerajaan & (4) Ditanggung hingga MAX RM5,000 Ujian-ujian Perubatan dan Khidmat Konsultasi Doktor Pakar Sebelum Warded / Day Care Surgery. Sebenarnya kadar perkongsian bulanan adalah sama untuk kedua-dua Tabung, yang berbeza hanya tinggi/rendah Nilai deposit sahaja. Disebabkan deposit Tabung Deluxe lebih tinggi maka kelebihan extra dimiliki oleh Ahli tabung ini dan lambat lah kena TOPUP semula berbanding Tabung Standard.
Sekiranya Anda pilih Tabung Standard ia tetap bagus, namun jika punyai budget lebih adalah terbaik pilih Tabung Deluxe untuk rebut tambahan manfaat dinyatakan.
Manfaat-manfaat sebagai Ahli WeKongsi TPA e-MAS & HEYDOC Health@MiCARE
[1] RM1JUTA Perlindungan Bil Hospital (Diperbaharui setiap Tahun),
[2] RM100,000 Rawatan Pesakit Luar Kanser setiap Tahun,
[3] RM10,000 Pampasan Khairat Kematian,
[4] RM10,000 Rawatan Warded Akibat Kemalangan (terus berkuatkuasa selepas Penyertaan diluluskan bagi 90 hari pertama tempoh menunggu, cover semua jenis kemalangan kecuali Sport Injury),
[5] RM150 per Hari (Standard) / RM250 per Hari (Deluxe) - Bilik Wad & Board,
[6] RM120 per Lawatan @ RM960/tahun @ 8X Lawatan per Tahun bagi rawatan 17 kategori Penyakit & kecederaan ringan di panel KLINIK,
[7] RM250 (Standard) / As per Charge (Deluxe) untuk Perkhidmatan AMBULANS,
[8] RM50 (Standard) / RM100 (Deluxe) bagi TUNTUTAN TUNAI HARIAN di Hospital Kerajaan Sahaja (MAX 120 Hari / Tahun),
[9] RM10,000 Post-Hospitalization (2X Rawatan Susulan dalam Tempoh 60 hari selepas Warded hospital,
[10] RM5,000 Khidmat Konsultasi Doktor Pakar / Pre-Test / Diagnosis Awal (untuk Ahli Tabung DELUXE sahaja! Confirm Admission Needed).
PERKHIDMATAN TERBAHARU !
Perincian lengkap kesemua manfaat sebagai Ahli sila baca Program Guideline di App.wekongsi. Kemasukan ke Hospital adalah secara Guarantee Letter (GL) yang diuruskan TPA e-MAS, bukan Bayar dulu & Tuntut kemudian (Kecuali 90 hari pertama tempoh menunggu)! Tiada risiko bil tidak berbayar, hanya pastikan GL benar-benar telah diluluskan terlebih dahulu sebelum Anda warded. Selalunya ia akan diuruskan sendiri oleh pihak pengurusan hospital semasa pendaftaran.
Untuk makluman, Deposit kemasukan (Admission deposit) adalah tidak termasuk dalam pakej ini. Ia di bayar sendiri oleh Ahli sewaktu nak masuk hospital, kesemua deposit akan dipulangkan sewaktu discaj sekiranya Anda tidak mengambil servis tambahan atau tidak berlaku kehilangan / kerosakan terhadap kemudahan yang disediakan oleh pihak hospital selama tempoh penginapan dan rawatan. Sila hubungi pihak hospital terlebih dahulu bertanya akan deposit ini dan pilihlah mana-mana hospital panel yang tidak mengenakan deposit jika tak nak keluarkan apa-apa bayaran deposit.
Mengapa bayar lebih sedangkan kini telah ada Pelan Perlindungan Perubatan RM1JUTA Mampu-milik Terjimat !
BERAPA LAMAKAH TEMPOH MENUNGGU (TM) ?
0 - 90 HARI- Tuntutan bil rawatan diwadkan (Warded) akibat Kemalangan (sebarang bentuk kemalangan kecuali Sport injury) akan terus berkuatkuasa sebaik sahaja pendaftaran diluluskan (Status AKTIF)! Nilai maksima perlindungan bil adalah RM10,000 (PAY & CLAIM),
91 - 180 HARI- Rawatan di Klinik panel MiCare & Guarantee Letter (GL) untuk rawatan diwadkan (Inpatient) bagi Kemalangan & Sakit-sakit am (Common Illnesses) seperti Demam, Selsema, Denggi, Keracunan Makanan, Infeksi dan sebagainya. Nilai maksima tanggungan kos perubatan GL adalah sehingga RM1,000,000.
181 HARI KEATAS- Guarantee Letter (GL) untuk rawatan Penyakit-penyakit Spesifik /kritikal seperti Sakit jantung, Darah tinggi, Diabetik, Kanser, Strok dan lain-lain. Nilai maksima tanggungan bil hospital adalah sehingga RM1JUTA.
Kesemua tuntutan ini adalah untuk kes diwadkan (Warded), rawatan pesakit luar kanser dan juga pesakit luar Klinik bersyarat COB-17 yang ditetapkan sahaja. Ahli yang hendak dapatkan rawatan mestilah melalui panel Hospital TPA e-MAS & panel Klinik TPA HEYDOC Health @ MiCARE sahaja. Deduktibel (Co-Share) minima 10-25% dari nilai bil hingga had maksima RM500 dikenakan bagi kemasukkan ke Hospital-hospital panel Swasta sahaja (Tiada Co-share jika diwadkan di Hospital Kerajaan). Untuk penjelasan terperinci sila rujuk Program Guideline.
APAKAH BAYARAN UNTUK MELAYAKKAN DIRI MENJADI AHLI PEKONGSI (SHARER)
Terdapat dua (2) jenis bayaran yang akan dikenakan apabila Anda menyertai Platform Perlindungan Perubatan RM1JUTA WeKongsi seterusnya melayakkan diri menikmati kesemua manfaat yang ditawarkan. Bayaran tersebut adalahYURAN KEAHLIAN & DEPOSIT TABUNG PERKONGSIAN (SHARING ACCOUNT).
Yuran Keahlian digunakan bagi menampung segala kos pentadbiran & pengurusan Kita Kongsi Sdn. Bhd (WE KONGSI) beserta caj perkhidmatan rakan kerjasama strategik iaitu Afsha Shariah Advisory Sdn. Bhd, Eximius Medical Administration Solusions (e-MAS) Sdn. Bhd, HEYDOC Health Sdn. Bhd, MiCARE Sdn. Bhd, Palladium Trustee Berhad, Bayes Actuarial Solutions Sdn. Bhd, Curlec by Razorpay & Wise AI Sdn. Bhd.
Terdapat Tiga (3) Pilihan MOD Pembayaran bagi YURAN KEAHLIAN sebagai kemudahan yang boleh disesuaikan dengan status kewangan Ahli samada bayaran secara TAHUNAN RM360/TAHUN (YEARLY), SUKUTAHUN RM100/KUARTER (QUARTERLY / SETIAP 3 BULAN) @ BULANAN RM40/BULAN (MONTHLY). Ya dengan Serendah hanya RM40-115/bulan Anda boleh punyai Perlindungan Perubatan bernilai RM1,000,000 setiap Tahun. Inilah kelebihan kaedah terbaharu PERKONGSIAN RAMAI SECARA CROWD COST-SHARING kendalian We Kongsi.
Adalah lebih menjimatkan kepada mereka yang pilih bayar Yuran Keahlian secara 1 TAHUN sekaligus iaitu penjimatan sebanyak RM120/tahun berbanding keahlian secara bulanan. Walaubagaimanapun Anda boleh sesuaikan MOD tersebut bergantung tahap kewangan masing-masing. Tak kiralah mana satu pun MOD yang dipilih, yang penting kita sekeluarga miliki Perlindungan Perubatan RM1JUTA terjimat ini. Malang tidak berbau, Langit tidak selalu cerah, Sediakan payung sebelum hujan.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI (SHARER)
Jika Anda memenuhi semua syarat kriteria di atas apalagi daftar segera sebagai AHLI! Inilah masa terbaik untuk memiliki Perlindungan Perubatan RM1JUTA Terjimat Mampu-milik. Semasa masih sihat wal' afiat inilah peluang untuk kita melanggan, jika dah jatuh sakit tiada lagi mana-mana syarikat sanggup menawarkan apajua pelan perlindungan perubatan kecuali Hibah sajalah. Jom sediakan payung sebelum hujan!
(1) OPEN ACCOUNT Participate Program by Opening Account thru Registered official link CLICK HERE!
(2) VISIT PANEL CLINIC Get Referral Letter if need further Treatment / diagnosis at Panel Hospital (Just show IC & e-Card WE KONGSI)
(3) PLANNED ADMISSION Visit Panel Hospital
(4) SUBMIT Fill up Admission request form for TPA e-MAS to review
(5) NEGOTIATION Case follow MMA 13th Fees Schedule without Compromising care quality
(6) DOCUMENTATION Collect all supporting Documents for Legal Appointed Trustee
(7) SHARE Trustee Review and Deduct amount from each Sharing account, then Case publish to public
(8) CONTRIBUTE Auto Top-up when Sharing Account below of Minimum credit limit
BAGAIMANA NAK TUNTUT PAY & CLAIM, BIL & ELAUN TUNAI HARIAN WARDED DI HOSPITAL KERAJAAN - KLIK PDF INI !
Bagi mereka yang telah mempunyai rekod penyakit atau umur melebihi had ditetapkan sila teruskan juga PRA-PENDAFTARAN (AS ACCOUNT USER) kerana dari masa ke semasa pihak pengurusan akan berusaha untuk melayakkan semua peringkat umur tanpa mengira status penyakit kerana sememangnya menjadi hasrat platform ini untuk menyediakan kemudahan perlindungan perubatan Mampu-milik kepada segenab lapisan masyarakat.
Namun atas keterbatasan yang ada, program ini haruslah dijalankan secara berhemah, bertanggungjawab dan berperingkat-peringkat bagi memastikan pengurusan risiko yang ditanggung oleh setiap Ahli dalam komuniti ini terkawal. Perlu diingatkan bahawa Kita Kongsi Sdn. Bhd (We Kongsi) bukanlah syarikat penanggung Insurans@Takaful melainkan sekadar menguruskan platform ini sahaja. 100% risiko bil Hospital, Klinik & Farmasi ditanggung sepenuhnya oleh semua Ahli yang menyertainya.
Di samping Daftar & Pra-Daftar sebagai Ahli, adalah digalakkan turut menjadi Ejen Referrer. Yuran jadi Ejen hanyalah RM100 (dapat kod pengaktifan sebagai Referrer, T-Shirt WeKongsi, Business Card & Flyers). Syarat menjadi Ejen Referral adalah telah mendaftarkan sekurang-kurangnya seorang Ahli, sekiranya Anda tidak layak disebabkan faktor umur telah melebihi 45 tahun atau telah mempunyai penyakit kritikal, sila daftarkan pasangan Isteri/Suami, Anak @ Sesiapa sahaja yang layak sebagai Ahli terlebih dahulu.
Jom tambah Pendapatan pasif boleh diwariskan dengan cara menjadi Ejen Referral bersama-sama kami di WE KONGSI.
Anda seorang PEROKOK ? punyai latarbelakang keluarga/keturunan pernah kena penyakit-penyakit kronik?
..atau
BEKERJA DALAM SEKTOR BERISIKO TINGGI ???
Jangan bimbang WE KONGSI merupakan syarikat Community Cost-sharing yang tidak mempertimbangkan kesemua risiko tersebut di mana selalunya syarikat-syarikat perlindungan perubatan lain akan mengenakan faktor pemberat (loading) dengan skala bayaran yang lebih tinggi!Ya Anda dikenakan bayaran sama-rata (flat-rate) seperti kumpulan Umur asas 14 hari - 45 tahun & Pekerjaan normal yang lain. Apabila Anda telah berjaya mendaftar dan komited untuk setia berkongsi maka penyertaan akan berterusan hingga seumur hidup@99 tahun.
Walaubagaimanapun, kepada Ahli yang ingin meneruskan penyertaan di peringkat umur 46 tahun dan ke atas, skala bayaran bagi perkongsian bil bulanan adalah 1.4X lebih tinggi berbanding kategori umur asas yang ditetapkan 14 hari - 45 tahun.
Sewaktu diri masih sihat dan kuat inilah peluang miliki pelan perlindungan perubatan terbuka luas, apabila sudah ditimpa penyakit tiada lagi tawaran sebagaimana dahulu.
.
Itu kemungkinan apa yang akan terjadi di masa hadapan? Berita baiknya untuk sekarang AlhamduLILLAH anda masih berpeluang bersama-sama kami turut berkongsi pelan perlindungan perubatan terjimat WE KONGSI. Rebut tawaran pendaftaran hari ini !
.
Sesiapa melengkapkan pendaftaran sekarang (ACTIVE status) Anda terus layak berkuatkuasa serta-merta dapat perlindungan kos rawatan diwadkan akibat kemalangan (kecuali kemalangan kerana bersukan) maksimum bil hingga RM10,000 (Pay & Claim).
Apalagi jom daftar sekarang! Jangan berlengah lagi..
Malang tidak berbau, Langit tidak selalunya cerah...
Semua urusan berkaitan emcWeKongsiMedicalSharingGrup terutama melibatkan kelulusan permohonan Taklimat sila e-mail ke👉 emcWeKongsiMedicalSharingGrup@gmail.com